Apa itu penilaian
APA ITU PENILAIAN
v Penilaian merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang dijalankan melalui instrumen-instrumen tertentu untuk mengetahui keberkesanan pengajaran guru matematik dan penguasaan murid dalam Matematik.
vPenilaian ini dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pengajaran guru dan pembelajaran murid.
vMenurut Terry D.TenBrink (1974), penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan serta digunakan dalam membuat keputusan.
vPhopham (1975) menyatakan bahawa penilaian yang sistematik mestilah mengandungi satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan.
vJadi, guru matematik mesti mengadakan penilaian dalam subjek Matematik bagi menentukan tahap penguasaan murid melalui pelbagai instrumen penilaian.
v Ia membantu keupayaan murid untuk berkomunikasi secara matematik dengan berkesan serta menunjukkan bukti bahawa murid dapat menjana, menjelaskan dan berkongsi idea matematik melalui pelbagai bentuk komunikasi dalam pelbagai persekitaran.
Comments
Post a Comment