Jenis-jenis penilaian

Pentaksiran untuk pembelajaran (Formatif)

Ø Membantu murid mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam prestasi subjek matematik dan mereka dapat menambahbaikan pencapaiannya.

Ø Membantu guru mengenal pasti tahap penguasaan murid

Ø Modifikasikan pengajaran berdasarkan tahap penguasaan murid

ØPenilaian formatif boleh dibuat secara berterusan sepanjang PdPc untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran murid.

Ø Menjalankan ujian formal atau tidak formal

Ø Formal merupakan ujian bertulis, lembaran kerja, folio, projek dan sebagainya

Ø Tidak formal adalah kuiz, pembentangan, pemerhatian dan sebagainya

 

Pentaksiran tentang pembelajaran (Sumatif)

Ø Strategi yang melaporkan pencapaian murid pada akhir

Ø Mendokumentasikan dan mengukur tahap penguasaan murid

Ø Menggubal alat pentaksiran untuk penggredan,pensijilan dan laporan

Ø Murid belajar untuk mengambil ujian untuk mendapatkan skor.

ØPenilaian sumatif adalah dibuat pada akhir pengajaran.

Ø Ia bertujuan menilai pencapaian akhir murid dengan memberi gred dan guru dapat merancang aktiviti PdPc yang berkesan.

ØMenjalankan ujian formal untuk mengesan tahap pencapaian yang berbentuk pemarkahan.

Ø Contohnya: peperiksaan akhir tahun (PAT)

 

Pentaksiran sebagai pembelajaran

Ø Aktiviti atau latihan untuk mengukur keupayaan murid.

Ø Pentaksiran sebagai pembelajaran ini dilakukan sendiri oleh murid.

ØPenilaian sendiri dan rakan sebaya membolehkan murid mengenal pasti kelemahan dan kekuatan yang ada di dalam diri.

Ø Memberikan pelajar ruang dan meningkatkan autonomi murid untuk memperbaiki diri secara sendiri untuk menetapkan matlamat sendiri.

Ø Pentaksiran ini boleh dikatakan formatif kerana mengukur sesuatu itu secara terus dan spesifik dalam sesuatu perkara bukannya menilai secara keseluruhan topik.

Ø Contohnya; pentaksiran kendiri dalam buku log, menulis refleksi diri sendiri, perbincangan lisan antara guru dan pelajar.

Comments

Popular posts from this blog

Instrumen yang digunakan dalam proses penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran matematik

Apa itu penilaian