Kesimpulan
Pembinaan instrumen penilaian kendiri pembelajaran geometri Tingkatan Satu adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan pembelajaran geometri murid di Malaysia. Kajian ini dijalankan berpandukan model penilaian KIPP (konteks-inputproses-produk) yang dikemukakan oleh Stufflebeam (1971). Dengan model ini, penyelidik telah menghasilkan kerangka konseptual yang menggambarkan hubungan antara konteks, input, proses dan produk.
Sehubungan itu, instrumen penilaian kendiri pembelajaran geometri Tingkatan Satu wajar dibangunkan kerana murid dapat menilai pembelajaran geometri Tingkatan Satu secara kendiri. Di samping itu, bagi pendidik matematik pula, mereka dapat mengetahui tahap pemahaman murid dalam tajuk Geometri dan keperluan pembelajaran murid. Faktor ini merupakan salah satu satu usaha ke arah ‘Effective pedagogy in mathematics classroom’.
Comments
Post a Comment