Proses Pembinaan Instrumen

Penilaian meliputi tiga proses utama iaitu:-

    a) Menentukan ukuran

       b) Menganalisis ukuran dan

       c) Menyatakan nilai / interpretasi ukuran


Prosedur penilaian meliputi 5 langkah.

Salah satu jurnal yang telah dibaca dan dikaji oleh kami adalah tentang proses pembinaan instrumen bagi topik Geometri. Butiran jurnal itu adalah seperti berikut:-


Tajuk Jurnal     :  Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Penilaian Kendiri  

                             Pembelajaran Geometri  Tingkatan  Satu.

Penulis Jurnal  :  Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah & Leow Tze Wei

Nombor ISBN   : Malaysian Journal of Learning and Instruction: 

                             Vol. 14 No. 1 (2017): 211-265

 

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini adalah untuk membina dan menghasilkan instrumen penilaian murid terhadap pembelajaran geometri Tingkatan Satu. Kajian ini merupakan penyelidikan tinjauan yang bertujuan untuk menerangkan atau meramal sesuatu fenomena yang sedang berlaku (Khalid, 2003). Menurut Baharuddin et al. (2002), penggunaan instrumen merupakan kaedah yang berkesan dan menyediakan maklumat dalam bentuk kuantitatif daripada sesuatu kaji selidik yang lebih umum. Nilai sesuatu maklumat yang diperolehi daripada proses penilaian instrumen bergantung kepada betapa sempurnanya sesuatu instrumen tersebut direka bentuk (Lu, 2004).


 Instrumen Kajian

  • Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk rubrik dua lapis (Mohd Faizal Nizam Lee, 2014). 
  • Rubrik merupakan satu bentuk skema penskoran yang ditetapkan mengikut kriteria seperti daripada lemah ke cemerlang (KPM, 2012). 
  • Kriteria ini digunakan untuk membuat ranking atau pemeringkatan terhadap pencapaian murid. 
  • Menurut Moskal (2000), rubrik menjadikan sistem penskoran lebih mudah dipelajari dan digunakan serta pelajar dapat mengetahui tahap-tahap kualiti dalam skala bagi tujuan untuk meningkatkan lagi kemajuan yang perlu dicapai.
  • Dalam kajian ini, rubrik analitik dan holistik telah digunakan dalam pembinaan instrumen penilaian. 
  • Rubrik analitik digunakan dalam proses pembinaan item di mana setiap item penilaian mempunyai empat rubrik untuk diisikan skornya. Oleh itu, murid diminta mengisi skor bagi setiap rubrik terhadap setiap item yang dikemukakan.


👉Rubrik holistik digunakan dalam Lembaran Permarkahan Kendiri yang diisi oleh  

     responden setelah selesai melakukan set instrumen penilaian. 

👉Bagi konstruk pengetahuan sedia ada dan kefahaman murid dalam geometri, penyelidik  

     berpandukan kepada skala lima mata.

                            ❁ 0 - sangat lemah

                            ❁ 1 - lemah

                            ❁ 2 - sederhana

                            ❁ 3 - baik

                            ❁ 4 - cemerlang

👉skor min yang diperoleh digunakan untuk menentukan tahap penguasaan topik geometri 

     murid berkenaan. 

👉Bagi konstruk gaya pembelajaran murid, sikap pembelajaran murid serta pendekatan 

    pengajaran guru, penyelidik berpandukan kepada skala lima mata. 

                           ❁ 0 - paling kurang

                           ❁ 1 - kurang

                           ❁ 2 - sederhana

                           ❁ 3 - banyak

                            ❁ 4 - paling banyak

👉skor min yang diperoleh digunakan untuk menentukan pemboleh ubah manakah 

     mempunyai pengaruh yang utama dalam konstruk.


Pembinaan Jadual Spesifikasi Instrumen (JSI)

  • Pembinaan Jadual Spesifikasi Instrumen (JSI) boleh menggelakkan penggubal penilaian daripada bersikap cuai seperti menulis soalan tanpa perancangan yang menyebabkan sebahagian konstruk sahaja diukur (Syed Muhd Kamal, Ahmad dan Syed Muhamad Dawilah, 2014). 
  • Justeru, penyelidik telah membina JSI untuk membantu dalam pembinaan item bagi instrumen penilaian kendiri pembelajaran geomteri Tingkatan Satu ini. Perincian JSI ini terdiri daripada konstruk, pemboleh ubah, penyoalan, trait, item dan skala (Mohd Sahandri Gani et al., 2013). 
  • Tambahan pula, JSI dirangka dengan mengambil kira konstruk, pemboleh ubah dan cara penyoalan bagi menghuraikan item dan rubrik.

Contoh JSi 



Contoh instrumen Kajian



Pengesahan Instrumen Kajian

  • Semakan pakar adalah perlu untuk memastikan ketepatan konstruk serta kejelasan kandungan (Kline, 2005). 
  • Instrumen penilaian yang dibina telah diberikan kepada pakar yang mempunyai kemahiran dalam bidang yang berkaitan untuk disemak bagi memastikan isi kandungannya bersesuaian dan menepati matlamat kajian. 
  • Borang Semakan Pakar Instrumen Penilaian telah disemak dan dibuat  pembetulan serta diberi komen dan cadangan kepada item pada penilaian mereka yang kurang menepati kehendak konstruk. 
  • Berdasarkan borang berkenaan, mereka dikehendaki mengesahkan perkara berikut:                        

                   i) Konstruk Penilaian Kendiri Pembelajaran Geometri Tingkatan Satu 

               ii) Item yang mewakili setiap konstruk Penilaian Kendiri Pembelajaran  

                  Geometri Tingkatan Satu Proses seterusnya ialah keputusan penilaian  

                  pakar dikumpulkan dan dianalisis.


Kebolehpercayaan Instrumen kajian

  • Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan atau kestabilan keputusan pentaksiran (Azizi Ahmad, 2010). Ini bermakna seseorang individu itu akan mendapat skor yang sama daripada sesuatu instrumen seandainya kebolehan individu itu adalah tekal atau trait yang hendak diukur itu tidak berubah walaupun diukur berkali-kali dengan instrumen yang sama. 
  • Justeru, penyelidik menggunakan kaedah ketekalan dalaman bagi menentukan pekali kebolepercayaan iaitu mencari pekali alfa atau dikenali sebagai Cronbach Alpha bagi setiap konstruk dan keseluruhan instrumen penilaian tersebut melalui program Statistical Package for Social Science (SPSS). 
  • Dalam kajian ini, setiap item yang dibina daripada JSI yang berdasarkan kajian literatur adalah tidak wajar untuk melakukan analisis faktor (Mohd Sahandri Gani et al., 2014). 
  • Ini adalah kerana Chua (2006) menyatakan bahawa bagi menentukan item individu yang harus dikekalkan atau disingkirkan, data-data kajian rintis boleh dianalisis dengan analisis item (item analysis) menggunakan program pekali kebolehpercayaan Cronbach Alpha.
  • Kebolehpercayaan instrumen penilaian kendiri pembelajaran geometri Tingkatan Satu yang diperolehi berada pada tahap memuaskan, penyelidik telah menjalankan kajian rintis dan kajian sebenar. 
  • Tujuan menjalankan kedua-dua kajian ini adalah untuk melihat kestabilan nilai Cronbach Alpha yang diperoleh. 
  • Nilai pekali kebolepercayaan yang diperoleh daripada hasil kajian rintis dan kajian sebenar dianalisis dan dibandingkan dengan Jadual Nilai Kebolehpercayaan (Lim, 2007).
  • Bagi mengenal pasti item yang memerlukan penambahbaikan, pengubahsuaian atau disingkirkan dari instrumen kajian yang dibina. 
  • Jadual Nilai Kebolehpercayaan boleh dijadikan panduan dalam menaksir kebolehterimaan instrumen kajian dari segi kebolehpercayaan berasaskan nilai pekali kebolehpercayaan (Lim, 2007) seperti di Jadual 6.


Comments

Popular posts from this blog

Jenis-jenis penilaian

Instrumen yang digunakan dalam proses penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran matematik

Apa itu penilaian